50 orang maut dalam dua serangan baharu di Congo - Utusan Malaysia

50 orang maut dalam dua serangan baharu di Congo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMA: Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dalam dua serangan baharu yang berlaku di timur Republik Demokratik Congo (DRC).

Serangan itu dipercayai dilakukan oleh sekumpulan lelaki bersenjata daripada Pasukan Bersekutu Demokratik (ADF).

Lapor BBC, kejadian itu berlaku di kampung Boga dan Tchabi.

Kedua-dua kampung itu terletak di wilayah Ituri, timur Congo berhampiran sempadan dengan Uganda.

Menurut saksi, beberapa lelaki bersenjata bertindak menyerang sebuah kem pelindungan yang menempatkan penduduk dipindahkan akibat insiden serangan sebelum ini.

Dilaporkan, isteri kepada seorang ketua tempatan merupakan antara mangsa sekali gus menimbulkan kesangsian orang ramai kemungkinan persaingan etnik menjadi punca serangan itu dan bukannya kumpulan ADF.

Minggu lalu, sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dalam serangan didakwa dilakukan oleh kumpulan yang sama di wilayah utara Kivu.

Kerajaan Congo baru-baru ini mengenakan sekatan di kedua-dua kawasan itu dalam usaha mengukuhkan lagi kuasa tentera negara itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya