4,650 penduduk Palestin meringkuk di penjara Israel - Utusan Malaysia

4,650 penduduk Palestin meringkuk di penjara Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Kumpulan Penyokong Tahanan Palestin mendedahkan seramai 4,650 rakyat Palestin menjadi banduan di penjara Israel sehingga Mei lalu.

Aktivis kumpulan itu, Addameer menerusi kenyataan berkata, berdasarkan jumlah itu, seramai 39 orang daripadanya adalah golongan wanita, manakala, 180 pula adalah kanak-kanak.

Katanya, seramai 520 individu ditahan tanpa sebarang pendakwaan mahupun perbicaraan di mahkamah.

Tahanan itu juga termasuk 12 rakyat Palestin yang merupakan ahli Majlis Perundangan.

Penahanan Pentadbiran itu adalah tidak sah berdasarkan undang-undang antarabangsa dan Israel kerap menggunakannya sebagai peluang untuk menindas rakyat Palestin.

“Israel secara rutin menggunakan alasan penahanan pentadbiran sejak bertahun-tahun dahulu dengan menempatkan ribuan penduduk Palestin dalam penjara selama beberapa bulan dan tahun tanpa sebarang pendakwaan.

“Tahanan juga tidak diberitahu apakah bentuk kesalahan mereka, bukti kesalahan mahupun mendapatkan hak daripada peguam mereka,” katanya.

NGO itu merekodkan seramai sejuta rakyat Palestin ditangkap sejak 1967 termasuk 17,000 wanita dan 50,000 kanak-kanak. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya