fbpx

14 cedera dalam insiden tembakan di Texas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOUSTON: Sekurang-kurangnya 14 orang dilaporkan cedera dalam kejadian tembakan yang berlaku di pusat bandar Austin di Texas, semalam.

Pihak berkuasa masih mencari suspek terlibat dalam kejadian tersebut.

Menurut polis, insiden itu berlaku sebelum pukul 1.30 pagi di pusat bandar Austin yang menjadi lokasi kunjungan ramai.

“Anggota kami bertindak dengan cepat ketika insiden itu berlaku.

“Mereka juga melakukan bantuan pernafasan kepada mangsa terlibat,” kata pemangku Ketua Polis Austin, Joseph Chacon dalam sidang akhbar.

Menurut polis, suspek digambarkan sebagai seorang lelaki berkulit hitam namun masih belum jelas sama ada hanya seorang atau beberapa lagi individu terlibat dalam kejadian tembakan itu.

Setakat ini, punca kejadian masih belum dikenal pasti. – AFP

POPULAR

KOSMO! TERKINI