Zhurong mendarat di Marikh - Utusan Malaysia

Zhurong mendarat di Marikh

LAKARAN kenderaan robotik, Zhurong. - CNSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sebuah kenderaan robotik milik China, Zhurong selamat mendarat di permukaan planet Marikh, lapor agensi berita tempatan negara itu.

Lapor BBC, kenderaan robotik enam roda mendarat di Utopia Planitia, sebuah kawasan luas yang terletak di hemisfera utara planet tersebut. 

Kenderaan robotik itu dilengkapi dengan kapsul perlindungan, payung terjun dan platform roket untuk membuat pendaratan.

Ia dianggap sebagai satu pencapaian menakjubkan memandangkan kesukaran untuk melakukan proses pendaratan di permukaan planet itu.

China menjadi negara kedua yang berjaya mendarat kenderaan robotik di Marikh selepas Amerika Syarikat (AS).

Zhurong yang bermaksud dewa api dalam mitos Cina, dibawa ke Marikh oleh kapal angkasa Tianwen-1 yang memasuki orbit planet itu pada Februari lalu.

Sejak tiga bulan lalu, kapal angkasa itu meneroka Utopia, merakam beberapa gambar untuk mengesan kawasan selamat untuk mendarat.  

Objektif penerokaan itu bertujuan memilih lokasi yang selamat daripada kawah dan batu besar di planet tersebut.

Jarak untuk ke Marikh adalah kira-kira 320 juta kilometer (km) yang mana penghantaran mesej radio mengambil masa hampir 18 minit untuk sampai ke bumi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.