Wanita sanggup dipenjara dari berpatah balik - Utusan Malaysia

Wanita sanggup dipenjara dari berpatah balik

SEORANG wanita yang ditahan dalam sekatan jalan raya rela dipenjarakan dari berpatah balik. -KOMPAS.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KARAWANG: Seorang wanita sanggup dipenjarakan kerana sudah enam tahun tidak berjumpa dengan anak-anak di kampungnya di Pemalang.  

Lapor Kompas.com, Carliana, 41, ditahan di sekatan jalan raya di Tanjungpura oleh pihak berkuasa selepas bergerak dari Bogor.  

Ketika petugas keselamatan meminta dirinya berpatah balik, Carliana menghentikan motosikalnya di depan petugas tersebut. 

“Saya tidak mahu berpatah balik. Lebih baik saya dipenjara daripada mendengar anak sendiri menangis. Sudah enam tahun kami tidak dapat berkumpul,” luahnya. 

Wanita itu baru pulang dari Taiwan sebagai pekerja asing tahun lalu, kemudian diajak berbincang dan ditenangkan oleh Ketua Polis Karawang, Rizky Adi Saputro. 

Selepas dipertimbangkan, Carliana akhirnya diberikan kebenaran meneruskan perjalanan. 

“Sekarang ambil gambar bersama saya sebagai bukti untuk meneruskan perjalanan secara lisan. Sila tunjukkan kepada pegawai bertugas di sekatan jalan raya lain. Namun, hanya di kawasan Karawang sahaja,” katanya. 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.