Teori Covid-19 dicipta dalam makmal di China semakin kuat - Utusan Malaysia

Teori Covid-19 dicipta dalam makmal di China semakin kuat

SAINTIS China cuba menutup eksperimen mereka dengan mendakwa Covid-19 berasal dari kelawar. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kumpulan saintis China didakwa ‘mencipta’ virus Covid-19 dalam makmal di Wuhan dan kini cuba menutup perbuatan mereka.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh dua pengkaji iaitu Prof. Angus Dalgleish dari Britain dan saintis Norway, Dr. Birger Sorensen, mereka menemukan ‘cap jari unik’ dalam sampel virus, sekali gus menunjukkan berlakunya manipulasi dalam makmal.

Kajian itu memaklumkan, para saintis di dalam makmal cuba mengubah sifat asal virus untuk menjadikannya lebih mudah berjangkit bagi mengkaji kesannya terhadap manusia.

Kedua-dua pengkaji itu menyatakan, Covid-19 dicipta dengan menggunakan ‘elemen utama’ yang ditemukan dalam gua kelawar di China sehingga menjadi virus berbahaya sebelum ‘terdedah’ kepada umum.

Saintis China kemudiannya cuba menutup perkara sebenar dengan memaklumkan koronavirus dibawa oleh kelawar.

Kajian itu yang didedahkan pertama kali kepada Daily Mail dijangka diterbitkan dalam Quarterly Review of Biophysics Discovery.

Kajian itu secara tidak langsung mengukuhkan teori mengenai Covid-19 dicipta dalam makmal biarpun dinafikan sekeras-kerasnya oleh China.

 

Bukan semula jadi

Dalgleish yang berkhidmat di Universiti St George, di sini dan Sorenson yang merupakan pengerusi syarikat farmaseutikal Immunor mendakwa Covid-19 bukan virus semula jadi.

Kedua-dua penyeldik itu menemukan hipotesis tersebut ketika mengkaji vaksin Covid-19 dan memperincikan kajian berkenaan sebagai ‘kemusnahan yang disengajakan, menyembunyikan pencemaran data di makmal China serta pihak yang mendiamkan isu terbabit’.

“Kami berpendapat China mengubah virus tersebut, kemudian cuba menutup perkara itu daripada pengetahuan pelbagai pihak,” jelas Dalgleish dan Sorensen.

 

Jadi perhatian

Asal usul Covid-19 sekali lagi menjadi perhatian dunia selepas Wall Street Journal menerbitkan laporan perisikan yang menunjukkan beberapa penyelidik dimasukkan ke hospital di Wuhan akibat ‘penyakit misteri’ pada November 2019.

Terbitan itu didedahkan selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kumpulan pakar China mengeluarkan satu laporan pada Mac mengenai empat hipotesis tentang bagaimana pandemik Covid-19 bermula.

Laporan itu menyebut koronavirus menjangkiti manusia dari kelawar menerusi haiwan perantara dan prospek mengenai virus itu tercetus dari makmal adalah ‘sangat mustahil’.

 

Tahap keselamatan dipersoal

Teori bahawa Covid-19 mungkin merupakan hasil eksperimen saintifik secara tidak langsung mencetuskan persoalan mengenai keselamatan makmal berteknologi tinggi.

Makmal di Wuhan merupakan makmal keselamatan biologi tahap 4 atau BSL4 yang direka untuk menguruskan bakteria serta virus paling bahaya yang boleh menyebabkan penyakit kritikal sehingga tidak boleh dirawat.

“Makmal itu dilengkapi dengan sistem penapisan berteknologi tinggi agar virus tidak boleh mencemari keadaan sekitar, selain apa jua sisa cecair yang keluar dari makmal tersebut akan dirawat dengan bahan kimia atau suhu tinggi.

“Keadaan itu sepatutnya dapat menghalang sebarang bakteria dan virus bahaya terdedah kepada keadaan luar,” kata Pengarah Program Pertahanan Biologi Universiti George Mason.

Kata beliau, terdapat 59 makmal BSL4 di seluruh dunia.

 

Kemalangan boleh berlaku

Kemalangan di makmal berteknologi tinggi boleh berlaku dan sebagai contoh, virus H1N1 pernah terdedah pada 1977 di Kesatuan Soviet dan China sebelum merebak ke satu dunia.

Pada 2001, seorang petugas makmal di AS yang mengalami tekanan mental mengepos serbuk anthrax ke seluruh negara, menyebabkan lima maut.

Dua orang pengkaji China yang terdedah dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada 2004 menyebarkan virus itu kepada orang ramai, menyebabkan seorang maut. – AFP/AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya