`Superstar' Rajinikanth selesai terima dos kedua vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

`Superstar’ Rajinikanth selesai terima dos kedua vaksin Covid-19

RAJINIKANTH terima dos kedua suntikan vaksin Covid-19 di hospital di Chennai. - TWITTER Soundarya Rajinikanth
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHENNAI: Pelakon legenda India, Rajinikanth selesai menerima dos kedua suntikan vaksin Covid-19 di sebuah hospital swasta di Chennai.

Anak perempuan kepada pelakon yang lebih mesra dikenali sebagai `Superstar’ tampil berkongsi sekeping gambar beliau bersama Rajinikanth yang dirakam ketika menghadiri janji temu program imunisasi Covid-19.

Gambar yang dimuat naik di laman Twitter memaparkan Soundarya berdiri berhampiran Rajinikanth yang sedang menerima suntikan vaksin Covid-19 daripada seorang petugas kesihatan.

“Thalaivar sudah menerima suntikan kedua vaksin. Marilah kita bersama-sama kekal komited melawan pandemik Covid-19 ini,” kata Soundarya dalam satu ciapan di Twitter.

Bintang filem berusia 70 tahun itu juga digelar sebagai `Thalaivar’ yang bermaksud ketua atau pemimpin dalam bahasa Tamil.

Rajinikanth atau nama sebenarnya Shivaji Rao Gaekwad sebelum ini menerima suntikan dos pertama vaksin Covidsheild tanpa sebarang publisiti.

Selepas proses vaksinasi pertama itu, Rajinikanth dilaporkan berlepas ke Hyderabad untuk meneruskan penggambaran filem Tamil baharu, Annaatthe.

Pada Disember tahun lalu, penggambaran Annaatthe terpaksa diberhentikan sementara selepas beberapa kru produksi filem itu dikesan positif jangkitan Covid-19.

Rajinikanth juga telah melakukan ujian saringan Covid-19 sejurus selepas insiden itu dan hasil keputusannya menunjukkan negatif. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya