Ratu Elizabeth II buat penampilan pertama selepas kematian Philip - Utusan Malaysia

Ratu Elizabeth II buat penampilan pertama selepas kematian Philip

RATU ELIZABETH II belum pernah membuat kemunculan di khalayak awam sejak pengebumian mendiang suaminya, Putera Philip. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ratu Elizabeth II akan membuat penampilan pertama di khalayak awam sejak kematian mendiang suaminya, Putera Philip ketika pembukaan sesi Parlimen baharu akan datang.

Menerusi sesi tersebut, beliau akan membentangkan agenda perundangan pasca pandemik Covid-19 di bawah pemerintahannya.

Ucapan rasmi ratu itu akan menetapkan rancangan pihak pemerintah bagi tahun depan termasuk penyelesaian Rang Undang-Undang alam sekitar, ketika Britain bersiap sedia menjadi tuan rumah sidang kemuncak Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP26) yang dijadual berlangsung di Glasgow, November ini.

Sementara itu, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson yang memimpin Parti Konservatif memenangi pilihan raya tempatan dan serantau di England, minggu lalu.

Beliau menjelaskan pihak kerajaan berjaya melaksanakan kempen vaksinasi melawan Covid-19 sekali gus berupaya membuka kembali sektor ekonomi dan bertekad memenuhi janji kepada rakyat negara itu.

Janji-janji itu berkaitan agenda menaik taraf bagi memberikan peluang ekonomi ke kawasan-kawasan yang terpinggir di negara ini.

“Kita bukan sahaja mengawasi penularan wabak, tetapi akan terus menaik taraf negara, memerangi jenayah serta mewujudkan peluang perniagaan kepada setiap keluarga bagi membina masa depan yang lebih cerah,” jelasnya. -AFP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya