Polis didakwa minta RM30 lepas sekatan jalan raya - Utusan Malaysia

Polis didakwa minta RM30 lepas sekatan jalan raya

PEMANDU kenderaan memarahi pihak polis kerana mendakwa meminta RM30 sekiranya mahu melepasi sekatan jalan raya di simpang Nilakandi, Palembang. -KOMPAS.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALEMBANG: Seorang lelaki mendakwa anggota polis meminta wang suapan sebanyak 100,000 rupiah (RM30) ketika sekatan jalan raya di simpang Nilakandi, Kertapati.

Lapor Kompas.com, pemandu yang membawa kereta dengan nombor plat BN 1734 WD ditahan pihak polis disebabkan nombor plat itu berasal dari Bangka Belitung.

Setelah lama berbincang dengan pihak polis, lelaki itu kemudian keluar dari keretanya dan memarahi anggota keselamatan tersebut.

“Saya ada bukti yang dia meminta duit sekiranya hendak melepasi sekatan jalan raya dan mengendahkan kesalahan saya,” katanya.

Lelaki itu malah mengugut akan menularkan video ketika anggota polis itu meminta sejumlah wang.

Dia malah menjelaskan memandu dari Kayuagung ke Palembang untuk mengambil kenderaannya.

“Kenderaan saya rosak akibat kemalangan. Saya sudah lama tinggal di Kayuagung, hanya plat nombor kenderaan sahaja dari Bangka,” jelasnya.

Ketua Polis Kertapati, Irwan Sidik yang berada di lokasi itu cuba meleraikan perbalahan antara kedua-dua individu tersebut.

Menurutnya, dakwaan itu hanya salah faham dan lelaki itu akhirnya dibenarkan meneruskan perjalanan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya