Pintu sempadan Australia ditutup hingga 2022 - Utusan Malaysia

Pintu sempadan Australia ditutup hingga 2022

SEORANG wanita memeluk ahli keluarganya sebelum berlepas ke New Zealand di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney, Australia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Pintu sempadan Australia dijangka terus ditutup sehingga penghujung 2022 ketika kes jangkitan Covid-19 di seluruh dunia semakin meningkat.

Menteri Perdagangan dan Pelancongan Australia, Dan Tehan berkata, peningkatan kes jangkitan global itu menjadi satu daripada alasan kukuh untuk menutup pintu sempadan negara ini sehingga satu tempoh tertentu.

“Sejak 20 Mac 2020, kerajaan Australia melarang penduduknya keluar negara dan adalah sukar untuk menentukan bila pintu sempadan akan dibuka semula.

“Mungkin (pintu sempadan dibuka) pertengahan hingga separuh kedua tahun depan,” katanya.

Dalam pada itu, rakyat Australia yang terkandas di India akan dibenarkan pulang ke negara ini bermula 15 Mei.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Scott Morrison hari ini, ketika Sydney terus mengambil langkah berjaga-jaga susulan kebimbangan tercetusnya kluster baharu.

Morrison menegaskan keputusan melarang penerbangan dari dan ke India masih kekal.

Polisi tersebut mendapat kecaman hebat daripada ahli politik di negara ini, golongan ekspatriat dan komuniti India.

Namun, Morrison menyatakan keputusan itu perlu dibuat kerana berkesan dalam memperlahankan kadar jangkitan Covid-19 melibatkan penduduk yang dikuarantin di negara ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya