Penduduk Islam Austria mahu saman kerajaan - Utusan Malaysia

Penduduk Islam Austria mahu saman kerajaan

PERTUBUHAN Islam bercadang memfailkan saman terhadap kerajaan Austria kerana mewujudkan peta Islam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VIENNA: Sebuah pertubuhan Islam terkemuka di Austria bercadang untuk memfailkan saman terhadap kerajaan pimpinan Canselor Sebastian Kurz kerana mengumumkan mengenai ‘peta Islam’ yang disifatkan berbaur perkauman dan agama.

Peta Islam itu memaparkan lokasi semua masjid dan pertubuhan Islam di seluruh Austria yang dikhuatiri boleh mewujudkan diskriminasi dan stigma buruk terhadap penganut agama tersebut.

Berdasarkan laporan media tempatan, tuntutan sama itu dikemukakan oleh Muslim Youth Austria.

“Tindakan menyiarkan semua nama, fungsi, alamat institusi Islam yang dibacakan sebagai mewakili orang Islam telah melangkaui batas yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” menurut pertubuhan itu.

Khamis lalu, Menteri Integrasi, Susanne Raab melancarkan sebuah laman sesawang yang dikenali ‘National Map of Islam’ dengan menyenaraikan nama dan lokasi lebih 620 masjid, pertubuhan dan pegawai yang mungkin mempunyai kaitan dengan badan di luar negara.

Raab mendakwa peta itu bukan untuk meletakkan umat Islam dibawah diskriminasi, sebaliknya memerangi ideologi politik dan tidak melibatkan agama.

Dalam pada itu, Majlis Perwakilan Islam Austria (IGGOE) memberi amaran agar tidak mencemarkan nama baik umat Islam tinggal di Austria dengan mewujudkan stigma bahawa golongan itu berpotensi mencetuskan bahaya kepada masyarakat dan undang-undang demokratik di negara itu.  

Tambah IGGOE, kempen itu mencetuskan isu perkauman dan mendedahkan penduduk Islam kepada risiko keselamatan yang tinggi. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya