Parti NLD Suu Kyi akan dibubarkan - Utusan Malaysia

Parti NLD Suu Kyi akan dibubarkan

AUNG SAN SUU KYI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAYPIDAW: Ketua Tentera Myanmar memaklumkan pihaknya sedang mempertimbangkan untuk membubarkan parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) yang dipimpin Aung San Suu Kyi. 

Jeneral Min Aung Hlaing berkata, junta tentera mengambil alih pemerintahan negara disebabkan terdapat penipuan yang sangat teruk dalam senarai pengundi pilihan raya lalu. 

Junta tentera memberikan sokongan penuh kepada Parti Kesatuan Pembangunan dan Solidariti yang menyaksikan kekalahan teruk semasa pilihan raya. 

Pemerhati bebas pula mempertikaikan kenyataan mengenai penyelewengan yang tersebar luas. 

Parti NLD yang dipimpin Suu Kyi buat kali pertama merekodkan sejarah selepas kemenangan dalam pilihan raya 2015 dan menang majoriti semasa pilihan raya, November lalu. 

Sepatutnya, Suu Kyi meneruskan kepemimpinan bagi penggal kedua Februari lalu selepas junta tentera melakukan rampasan kuasa dengan menahannya serta pemimpin kanan lain. 

Jumaat lalu, parti-parti politik dipanggil untuk membincangkan perubahan dalam sistem pilihan raya.  

Pengerusi Kesatuan Suruhanjaya Pilihan Raya, Thein Soe berkata, siasatan mengenai pilihan raya tahun lalu akan lengkap tidak lama lagi yang bakal menunjukkan parti NLD melanggar undang-undang bagi membolehkan Suu Kyi mendapat kelebihan semasa proses pengundian. 

“Kami akan menyiasat dan mempertimbangkan sama ada parti itu perlu dibubarkan dan pelaku perlu dihukum sebagai pembelot,” katanya. 

Junta tentera mengumumkan akan mengadakan pilihan raya baharu setahun selepas mereka memerintah. 

Namun, selepas itu memaklumkan akan menangguhkannya sehingga tempoh dua tahun. 

Myanmar diperintah oleh ketenteraan selama 50 tahun sebelum perubahan kepemimpinan demokrasi sedekad lalu. -AP  

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya