Parlimen Jordan desak usir Duta Israel - Utusan Malaysia

Parlimen Jordan desak usir Duta Israel

PENDUDUK Jordan menyertai demonstrasi membantah serangan Israel terhadap penduduk Palestin di Amman. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMMAN: Majoriti ahli Parlimen Jordan menggesa supaya Duta Israel ke Amman diusir keluar serta-merta susulan konflik keganasan yang berlaku di Palestin.

Dalam satu sidang khas, ahli Parlimen mendesak kerajaan supaya langkah itu (pengusiran) dilakukan segera kerana sehingga kini, Israel berterusan membedil roket di Semenanjung Gaza, menyaksikan ratusan penduduk termasuk kanak-kanak terkorban.

Sebanyak 90 daripada 130 ahli Parlimen menandatangani memorandum mendesak pengusiran Duta Israel di negara ini sebagai protes tindakan brutal Zionis di Palestin.

Ahli Parlimen juga menggesa kerajaan Jordan memutuskan semua hubungan diplomasi dengan ‘entiti Zionis’, selain memanggil pulang Duta Jordan ke Tel Aviv.

Selain itu, terdapat juga ahli Parlimen meminta kerajaan membatalkan semua perjanjian yang dimeterai dengan Israel, termasuk perjanjian aman Jordan-Israel pada 1994.

Kebanyakan ahli Parlimen juga mempertahankan tindakan Hamas yang disifatkan sebagai mempertahankan tanah air.

Sementara itu, Perdana Menteri Jordan, Bisher al-Khasawneh menegaskan kerajaan akan meneliti semua pilihan diplomasi yang ada untuk melindungi kebajikan penduduk Palestin dan mengetengahkan pencabulan Israel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya