GOMA: Lebih 2,500 kediaman musnah akibat letusan gunung berapi Nyiragongo di bahagian timur Republik Demokratik Congo (DRC) pada minggu lalu.
Jumlah itu berdasarkan anggaran dibuat oleh Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC).
Menurut Timbalan Ketua delegasi ICRC, Raphael Tenaud, aliran lava dari gunung berapi Nyiragongo memusnahkan antara 900 dan 2,500 kediaman.
“Ini bermakna sekurang-kurangnya 5,000 penduduk ketika ini kehilangan tempat tinggal,” katanya. – AFP









