Lawatan delegasi ASEAN ke Myanmar tidak dibenarkan - Utusan Malaysia

Lawatan delegasi ASEAN ke Myanmar tidak dibenarkan

PENUNJUK PERASAAN melakukan demonstrasi menentang rampasan kuasa junta tentera di Yangon. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Junta tentera menegaskan pihaknya tidak bersetuju sekali gus tidak membenarkan lawatan delegasi ASEAN ke Myanmar sehingga mampu mencapai kestabilan di negara tersebut.

Keputusan itu secara tidak langsung mencetuskan kebimbangan bahawa rejim ketenteraan itu mungkin akan melakukan lebih banyak keganasan terhadap penunjuk perasaan dan etnik minoriti.

Sebelum ini, barisan pemimpin ASEAN telah mencapai kata sepakat dalam lima perkara yang dibincangkan di sidang kemuncak khas berhubung krisis Myanmar di Jakarta, bulan lalu.

Ketua Tentera Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing turut hadir dalam sidang kemuncak khas yang membincangkan mengenai krisis di negara itu yang semakin meruncing.

Antara perkara dibincangkan dalam sidang tersebut adalah menamatkan keganasan, membenarkan bantuan kemanusiaan yang dikendalikan oleh ASEAN dan pihak lain dan membenarkan lawatan delegasi ke Myanmar.

“Ketika ini, kami mengutamakan keselamatan dan kestabilan negara.

“Hanya selepas kami mencapai tahap keselamatan dan kestabilan tertentu, barulah kita akan bekerjasama berhubung lawatan delegasi itu,” kata jurucakap majlis ketenteraan, Mejar Kaung Htet San dalam satu taklimat yang disiarkan di televisyen.

Tambah Kaung Htet, junta tentera akan mempertimbangkan segala saranan yang dibuat di sidang kemuncak khas itu sekiranya ia membantu visi rejim ketenteraan untuk negara.     

Konflik di Myanmar tercetus sejak junta tentera menggulingkan pemimpin awam, Aung San Suu

Kyi pada 1 Februari lalu yang memegang tampuk pemerintahan selama lima tahun.

Hampir setiap hari penduduk Myanmar mengadakan tunjuk

perasaan di sekitar jalanan menuntut pengembalian semula demokrasi dan menentang tindakan kekerasan pasukan keselamatan.

Menurut sebuah badan pemantau, sekurang-kurangnya 774 orang terbunuh dan lebih 3,700 individu ditahan dalam tindakan keras tentera terhadap penunjuk perasaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya