Komander kumpulan pejuang Jihad Islam terbunuh - Utusan Malaysia

Komander kumpulan pejuang Jihad Islam terbunuh

KANAK-KANAK Palestin mengambil barang mainan mereka dari rumah di Menara Al-Jawhara selepas musnah dalam serangan udara Israel di Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Seorang komander kanan kumpulan pejuang Jihad Islam dilaporkan terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza semalam.

Lapor Arab News, Hussam Abu Harbeed maut dalam siri serangan udara terbaharu Israel terhadap penempatan penduduk dan bangunan komersial ketika konflik memasuki minggu kedua.

Sekurang-kurangnya tujuh penduduk Palestin terbunuh termasuk dua orang maut dalam serangan roket yang dilancarkan terhadap sebuah bangunan pejabat tujuh tingkat di bandar Gaza.

Pasukan tentera Zionis juga mengebom terowong bawah tanah sepanjang 15 kilometer (km) digunakan oleh Hamas dan rumah sembilan komander berpangkat tinggi.

Sekurang-kurangnya 212 penduduk Palestin di Gaza terkorban termasuk 61 kanak-kanak, 36 wanita dan lebih 1,500 cedera sejak lebih seminggu lalu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya