‘Kami tidak lagi gentar dengan Zionis’ - Utusan Malaysia

‘Kami tidak lagi gentar dengan Zionis’

AKTIVIS berhaluan kiri Israel mengadakan protes membantah pengusiran penduduk Palestin di kawasan penempatan Sheikh Jarrah. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Mahkamah Daerah Baitulmuqaddis semalam menangguhkan keputusan berhubung rayuan tujuh keluarga Palestin yang terdiri daripada 44 orang selepas mereka berdepan dengan pengusiran dari kediaman sendiri di Batan al-Hawa di Silwan.

Sebanyak 19 keluarga terlibat dengan pengusiran tersebut selepas penduduk Yahudi mendakwa keturunan mereka sudah menetap di kawasan terbabit sebelum 1948 iaitu ketika Israel ditubuhkan.

Ketua Jawatankuasa Pertahanan Tanah dan Hartanah Silwan, Kahri Abu Diab berkata, mahkamah terpaksa menangguhkan keputusan rayuan tersebut susulan keadaan tegang di Baitulmuqaddis timur ketika ini.

“Penangguhan itu dibuat kerana Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken berada di sini, sekali gus bukan masa sesuai untuk membiarkan penduduk Palestin kehilangan tempat tinggal mereka.

“Namun, mahkamah Israel dijangka memihak kepada penduduk Yahudi dan pengusiran tetap dilakukan,” katanya.

Penduduk Palestin, Walid Husseini berkata, kali ini, mereka tidak akan berdiam diri dan berputus asa untuk mempertahankan tanah air mereka.

“Ketika ini, penduduk Palestin sudah semakin berani dan sedar bahawa mereka perlu bertindak dan menguruskan masalah sendiri kerana komuniti antarabangsa tidak akan menekan Israel.

“Penangguhan keputusan mahkamah itu tidak akan menghalang kami daripada kehilangan rumah serta tanah, maka kami perlu lakukan apa yang patut,” ujarnya.

Berdasarkan undang-undang Israel, penduduk Palestin yang diusir dari Baitulmuqaddis timur dan daerah lain di dalam Zon Hijau diakui tidak layak menerima pampasan dan hak menuntut kembali tanah mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya