India perlukan lebih banyak tempat bakar mayat Covid-19 - Utusan Malaysia

India perlukan lebih banyak tempat bakar mayat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Polis meminta pihak berkuasa tempatan di negeri ini mengenal pasti lebih banyak lokasi yang boleh digunakan sebagai tempat pembakaran mayat pesakit Covid-19.

Lapor BBC, jumlah jangkitan di seluruh India sudah melebihi 18 juta kes dengan kes harian direkodkan sebanyak 386,452 sehingga semalam.

Angka korban akibat wabak itu juga meningkat sehingga 3,500 kes dengan New Delhi mencatatkan sebanyak 400 kematian.

Bekalan oksigen dan katil hospital masih pada kadar terhad dan rakyat negara ini terus menggunakan media sosial untuk meminta bantuan luar.

Seorang pegawai polis memaklumkan masyarakat tidak akan menghantar mayat ahli keluarga mereka ke tempat yang bukan disediakan untuk upacara pembakaran.

Sehubungan itu, pihak berkuasa di negeri ini digesa supaya menyediakan lebih banyak lokasi untuk tujuan tersebut.

Kerajaan pusat India berdepan dengan kritikan daripada pelbagai pihak berhubung cara menguruskan pandemik Covid-19 di negara ini.

Namun, Menteri Kesihatan India, Harsh Vardhan memberitahu kadar kematian penduduk akibat Covid-19 di negara ini masih rendah dan bekalan oksigen adalah mencukupi.

“Bekalan oksigen mencukupi selepas India menerima bantuan dari luar dan keadaan di negara ini akan pulih dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, golongan pakar berpendapat hanya perintah berkurung dan mempercepatkan program vaksinasi di seluruh negara yang boleh mengawal kadar jangkitan Covid-19 di negara ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya