Guna ambulans untuk balik ke kampung - Utusan Malaysia

Guna ambulans untuk balik ke kampung

SEBUAH ambulans diarah berpatah balik ketika sekatan jalan raya. - KOMPAS.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUMATERA: Sebuah ambulans diarah berpatah balik ketika melalui sekatan jalan raya di susur keluar Tol Kayuagung-Palembang-Betung kerana tidak mempunyai surat bertugas dan dipercayai digunakan untuk pulang ke kampung. 

Lapor Kompas.com, walaupun petugas kesihatan yang lengkap memakai baju alat pelindung diri itu menjelaskan mereka membawa pesakit Covid-19, namun, pihak polis masih tidak membenarkan mereka melepasi sekatan jalan tersebut. 

Menurut Sefi, pesakit yang dibawa itu akan dirujuk ke hospital di Jakarta sehingga berlaku pertelingkahan antara mereka. 

“Kami hanya membawa surat perjalanan yang biasa dibawa apabila hendak menghantar pesakit ke Hospital Muhammad Husin atau Hospital Bari di Palembang,” katanya. 

Sementara itu, pihak polis berkata, kenderaan itu diminta berpatah balik kerana tidak mempunyai dokumen yang lengkap iaitu surat tugas dari tempat bekerja ketika menjalani pemeriksaan. 

Pihaknya juga menjelaskan sudah berasa curiga dengan ambulans tersebut kerana jarak ke Jakarta dari kawasan itu terlalu jauh. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya