Enam pesakit Covid-19 mati setiap jam di Haryana - Utusan Malaysia

Enam pesakit Covid-19 mati setiap jam di Haryana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya enam pesakit Covid-19 dilaporkan meninggal dunia setiap jam di Haryana, India.

Statistik itu berdasarkan satu tinjauan yang dijalankan oleh jabatan kesihatan negeri tersebut.

Lapor The Indian Express, Haryana melaporkan satu pertiga daripada jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 yang dicatatkan dari tempoh 1 hingga 11 Mei lalu, dengan 1,694 penduduk dijangkiti wabak tersebut.

Negeri itu kekal mencatatkan jumlah kes harian Covid-19 tertinggi iaitu lebih 12,000 sepanjang tempoh tersebut.

Menurut Menteri Kesihatan Haryana Anil Vij, sebanyak 62 peratus pesakit Covid-19 berasal dari kawasan bandar manakala 38 peratus membabitkan kawasan perkampungan.

Setakat 30 April lalu, sebanyak 4,216 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan di Haryana.

Bagaimanapun, angka kematian meningkat kepada 5,910 kes pada 11 Mei lalu.

Sebanyak 152,274 kes baharu Covid-19 dicatatkan di negeri itu dari 1 hingga 11 Mei lalu. – AGENSI.

Secara keseluruhan, kadar kes kematian Covid-19 di Haryana kekal dibawah satu peratus malah merekodkan 0.92 peratus pada 11 Mei lalu. – AGENSI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya