Empat pelarian Syria mati kesejukan di pergunungan Lubanan -

Empat pelarian Syria mati kesejukan di pergunungan Lubanan

Pelarian Syria di Lubnan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Empat pelarian Syria – dua wanita dan dua kanak-kanak – ditemui mati kesejukan di kawasan pergunungan di timur Lubnan, kata pegawai tempatan.

Mayat mereka ditemui di kawasan Ainata-Oyoun Orghosh di Gunung Lubnan, tiga hari selepas mereka hilang, kata sumber pertahanan awam kepada AFP.

Mereka telah menuju ke Syria, tambahnya.

Sumber itu mengatakan bahawa keempat-empat warga Syria itu, termasuk kanak-kanak berusia tujuh dan lapan tahun, menaiki sebuah kereta dalam ribut dan kemudiannya berjalan kaki.

Bashir Khodr, gabenor setempat, mengatakan di Twitter bahawa keempat-empat mereka “meninggal dunia akibat kedinginan”, walaupun operasi pencarian oleh pasukan keselamatan.

Khodr berkata, seorang lelaki Lubnan yang pernah bersama mereka disoal siasat untuk menentukan kemungkinan ada elemen penyeludup manusia.

Sejak bermulanya konflik di Syria pada  tahun 2011, ratusan ribu warga negara itu telah melintasi sempadan ke Lubnan, selalunya dengan diseludup.

Lubnan kini menempatkan 1.5 juta pelarian Syria – hampir satu juta daripadanya didaftarkan sebagai pelarian di PBB.

Sembilan daripada sepuluh warga Syria di Lubnan hidup dalam kemiskinan yang melampau, kata PBB.

Pihak berkuasa Lubnan telah menekan rakyat Syria untuk kembali ke negara mereka walaupun kumpulan hak asasi memberi amaran bahawa Syria belum selamat.

Pada Januari 2018, 17 rakyat Syria meninggal dunia akibat cuaca sejuk ketika cuba melarikan diri ke Lubnan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya