Empat maut akibat buat mercun sendiri - Utusan Malaysia

Empat maut akibat buat mercun sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seramai empat orang mati akibat terkena letupan mercun di kampung Ngabean, Mirit, Jawa Barat, Rabu lalu.

Kompas.com melaporkan, kejadian yang berlaku pada pukul 5.30 petang iaitu semasa hari terakhir bulan Ramadan mengorbankan Muhammad Taufiq Hidayat, 27, bersama tiga individu lain iaitu Rizky Efendi, 21, Rio Dwi Pangestu, 22 dan Sugiyanto, 23.

Menurut ayah Taufiq, Untung, 55, dia melihat mayat anaknya terbaring dengan percikan darah bertebaran sehingga tidak dapat mengecam wajah anaknya sendiri.

Katanya, mangsa sebelum itu bersama beberapa rakannya memasang mercun mengikut pengalaman sendiri sehingga suara ledakan bergegar memecah kedamaian senja di kampung itu.

Letupan mercun buatan sendiri itu turut menyebabkan tiga mangsa lain mengalami kecederaan.

Ketua Polis Kebumen, Piter Yanottama mengesahkan kejadian itu dan menjelaskan ledakan mercun yang berlaku sangat kuat sehingga memusnahkan dinding rumah.

Katanya, pihak polis juga berjaya menemui 215 kilogram (kg) serbuk mercun hasil penggeledahan yang dilakukan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya