Empat kanak-kanak termakan gula-gula dicampur ganja - Utusan Malaysia

Empat kanak-kanak termakan gula-gula dicampur ganja

TIGA daripada empat kanak-kanak alami alahan teruk selepas makan gula-gula jeli di Epsom, United Kingdom. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Empat kanak-kanak dikejarkan ke hopsital selepas makan gula-gula jeli yang dipercayai mengandungi ganja.

Lapor Metro, empat kanak-kanak itu yang merupakan lelaki dan perempuan berusia antara 13 dan 13 tahun mengalami alahan serius selepas makan gula-gula berkenaan.

Sehubungan itu, pasukan kecemasan dihubungi untuk memeriksa sejumlah premis perbiagaan di Pound lane, Epsom selepas tiga daripada empat kanak-kanak tersebut muntah dengan teruk dan pengsan.

Dalam pada itu, jurucakap polis Surey, Lee Marks berkata, pihaknya giat menyiasat jenis gula-gula tersebut dan adakah benar ia dicampur dengan ganja.

“Kami cuba memahami dari mana gula-gula itu datang dan bahan apa yang terkandung di dalamnya.

“Sehubungan itu, kami mengingatkan ibu bapa supaya beritahu anak-anak mereka agar tidak makan gula-gula berkenaan kerana boleh menyebabkan alahan teruk,” katanya.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN