Dua kanak-kanak 'terlepas' dari pusat penjagaan - Utusan Malaysia

Dua kanak-kanak ‘terlepas’ dari pusat penjagaan

DUA kanak-kanak terlepas dari sebuah pusat penjagaan di London. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah pusat penjagaan kanak-kanak terpaksa ditutup selepas dua kanak-kanak ‘terlepas’ dan merayau berseorangan di kawasan taman berhampiran.

Lapor Metro, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dilaporkan hilang selama setengah jam sebelum ditemukan oleh orang ramai di sebuah taman di Walthamstow di timur London pada bulan lalu.

Ketika ditemukan, kanak-kanak itu dalam ketakutan dan mula menangis sebelum orang ramai menghubungi polis.

Insiden itu merupakan kejadian kedua yang berlaku di Pusat Penjagaan Lloyd Park selepas seorang lagi kanak-kanak terlepas dari premis itu pada 1 Februari lalu.

Sehubungan itu, pusat penjagaan tersebut terpaksa ditutup kerana didakwa cuai dan polis akan melakukan siasatan lanjut.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN