Covid-19: Jepun mula kempen vaksinasi besar-besaran - Utusan Malaysia

Covid-19: Jepun mula kempen vaksinasi besar-besaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Jepun memulakan kempen vaksinasi Covid-19 secara besar-besaran di Tokyo dan Osaka dalam usaha memerangi penularan pandemik itu.

Lapor BBC, negara itu juga menubuhkan dua pusat vaksinasi Covid-19 yang menawarkan ribuan suntikan vaksin setiap hari kepada golongan warga emas.

Kempen vaksinasi Covid-19 secara besar-besaran itu dikendalikan oleh pasukan pertahanan Jepun dan akan berlangsung selama tiga bulan.

Kerajaan menyasarkan kempen vaksinasi Covid-19 akan tamat sepenuhnya pada Julai iaitu ketika Sukan Olimpik Tokyo bermula.

Pihak berkuasa menyasarkan untuk memberikan suntikan vaksin kepada lebih 5,000 penduduk di Tokyo dan 2,500 orang di Osaka setiap hari.

Pusat vaksinasi itu juga akan menggunakan vaksin keluaran Moderna selepas diluluskan penggunaan di Jepun.

Jepun merancang untuk melaksanakan kempen vaksinasi Covid-19 secara besar-besaran di beberapa bandar lain seperti Kobe dan Nagoya.

Setakat ini, Jepun merekodkan lebih 700,000 kes jangkitan dan 12,000 kes kematian akibat Covid-19. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya