China tangkap, penjara ratusan imam di Xinjiang - Utusan Malaysia

China tangkap, penjara ratusan imam di Xinjiang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China didakwa menangkap dan menahan sekurang-kurangnya 630 imam dan beberapa tokoh agama Islam sejak 2014 di wilayah Xinjiang.

Berdasarkan satu kajian baharu yang dilakukan oleh kumpulan hak asasi kemanusiaan Uighur (UHRP), sebanyak 18 ulama meninggal dunia dalam tahanan.

Kebanyakan ulama yang ditahan didakwa terlibat dalam ‘propaganda keganasan’, ‘menghimounkan orang ramai untuk cetuskan kekecohan’ dan menggalakkan perpecahan.

Perkara itu dikukuhkan lagi dengan pengakuan dari keluarga mangsa, mereka yang ditahan sering terlibat dalam aktiviti ceramah dan menjadi imam dalam solat berjemaah.

Secara keseluruhan, UHRP kini guat mengesan ‘nasib dan kedudukan’ kira-kira 1,046 ulama yang kebanyakannya dari etnik Uighur dengan menggunakan dokumen mahkamah, testimoni keluarga dan laporan media.

Kesemua 1,046 ulama tersebut dipercayai ditahan di lokasi yang sama, namun tidak dapat dipastikan susulan kawalan ketat pihak berkuasa China di Xinjiang.

Daripada 630 kes yang dilaporkan, sebanyak 304 ulama ditahan di penjara kerana enggan menyertai kem ‘pendidikan’ yang diperkenal China untuk etnik Uighur.

Menurut dokumen mahkamah yang diperoleh, sebanyak 96 peratus ulama yang ditahan boleh dipenjara sekurang-kurangnya lima tahun, 26 peratus (penjara sehingga 20 tahun atau lebih) termasuk 14 lagi hukuman lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.