Bunuh, rogol anak kandung sendiri - Utusan Malaysia

Bunuh, rogol anak kandung sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA: Akibat tidak mendapat nafkah batin selama sebulan daripada isteri, seorang bapa tergamak membunuh anak kandung sendiri berusia 16 tahun selepas merogolnya di Kampung Kedungdowo, Jawa Tengah.

Lapor Kompas.com, suspek berusia 50 tahun yang bekerja sebagai buruh itu meninggalkan tali di samping mayat tersebut seolah-olah mangsa meninggal dunia kerana bunuh diri.

Ketua Polis Kudus, Aditya Surya Dharma berkata, ketika kejadian yang berlaku pada waktu pagi, ibu mangsa sudah keluar rumah kerana pergi bekerja sebelum ayahnya merogol anak perempuannya di dalam bilik.

Selepas dirogol, mangsa berada dalam ketakutan kerana diugut ayahnya sendiri dan sempat menghantar adiknya ke sekolah.

Ketika pulang ke rumah, suspek kembali merogol mangsa dan ketika remaja itu memberontak, lelaki itu memukulnya dengan batu bata.

“Mangsa maut selepas dirogol dua kali. Disebabkan dia memberontak, suspek mencekik dan memukul mangsa dengan batu bata.

“Kes terbongkar selepas adik mangsa pulang ke rumah dan melihat mayat kakaknya terbaring di dapur,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya