Boleh jawab bila saya tanya - Jokowi - Utusan Malaysia

Boleh jawab bila saya tanya – Jokowi

JOKO WIDODO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menyelar segelintir ketua daerah yang tidak mengambil cakna mengenai data Covid-19 di kawasan masing-masing.

Katanya, data merupakan modal penting untuk menangani pandemik Covid-19 kerana boleh dijadikan garis panduan pengurusan.

“Saya pernah berjumpa dengan ketua daerah yang langsung tidak tahu apa-apa mengenai data Covid-19 di tempatnya dan perkara itu tidak seharusnya berlaku.

“Jika tidak tahu data atau statistik jangkitan Covid-19 di kawasan masing-masing, macam mana nak kawal dan seterusnya akhiri pandemik koronavirus?,” katanya kepada CNN Indonesia.

Jokowi juga mengakui beliau akan meneliti dan membaca data Covid-19 setiap hari bagi mengetahui perkembangan wabak itu di negara ini.

Jelas beliau, sebagai pemimpin di semua peringkat, adalah penting untuk mengetahui perkembangan semasa terutamanya melibatkan isu serius seperti Covid-19.

“Jika saya boleh lakukan, mengapa anda tidak boleh? Ini soal negara kita, keselamatan penduduk kita. Tidak boleh abaikan dan ambil mudah.

“Setiap pemimpin daerah sepatutnya boleh menjawab bila saya tanya mengenai kes Covid-19 di kawasan yang ditadbir,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya