Bertanggungjawab atas penderitaan Palestin - Utusan Malaysia

Bertanggungjawab atas penderitaan Palestin

PUTERA FAISAL FARHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Arab Saudi yang mengetuai semua negara Arab dan penduduk Islam di seluruh dunia berterusan mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara yang dilancarkan oleh tentera Israel di Semenanjung Gaza semalam.

Riyadh menerusi Menteri Luarnya, Putera Faisal bin Farhan dalam mesyuarat tergempar bersama Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyifatkan tindakan Israel sebagai ‘penindasan terang-terangan terhadap penduduk Palestin’.

“Tanpa perasaan malu, Israel merampas tanah milik Palestin dan mengusir penduduknya tanpa belas kasihan.

“Baitulmuqaddis Timur adalah tanah milik penduduk Palestin dan Israel tidak mempunyai hak untuk merampasnya,” kata Faisal ketika berucap dalam mesyuarat tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggesa komuniti antarabangsa ‘masuk campur’ segera bagi menamatkan penguasaan Israel di bumi Palestin.

Tegas beliau, OIC sebulat suara menolak pendekatan brutal Israel terhadap Palestin.

“Israel perlu hentikan serangan yang mengancam nyawa serta keselamatan penduduk Palestin, terutamanya warga emas, wanita dan kanak-kanak.

“Zionis juga perlu bertanggungjawab atas semua yang berlaku di Palestin,” ujarnya.

Dalam pada itu, Raja Jordan, Raja Abdullah II menyatakan negaranya sudah menghubungi semua komuniti antarabangsa untuk menghentikan keganasan di Palestin.

Katanya, ‘tiada negara yang memberi sokongan penuh kepada Palestin selain Jordan’.

“Rakyat Jordan menyokong Palestin dengan sepenuh hati, tanpa ada sedikit pun perasaan berbelah bahagi,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya