Bekas Presiden Maldives cedera parah dalam cubaan bunuh - Utusan Malaysia

Bekas Presiden Maldives cedera parah dalam cubaan bunuh

MOHAMED NASHEED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MALE: Bekas Presiden Maldives, Mohamed Nasheed menjalani satu lagi pembedahan hari ini selepas mengalami kecederaan parah dalam satu cubaan bunuh.

Mohamed yang kini dilantik sebagai Speaker Parlimen Maldives dilaporkan dalam keadaan stabil.

Mohamed sebelum ini dilaporkan cedera parah apabila sebuah motosikal yang diletak bom meletup ketika dia memasuki kereta dalam satu insiden, di sini semalam.

Kerajaan Maldives menerusi satu kenyataan mengesahkan Mohamed terselamat daripada cubaan bunuh.

“Mohamed mengalami kecederaan parah, namun keadaannya semakin stabil,” jelas kenyataan itu.

Dalam pada itu, hospital tidak memberi butiran lanjut mengenai bekas presiden itu, namun keluarganya memaklumkan serpihan tajam sudah dikeluarkan menerusi pembedahan.

Sehubungan itu, Presiden Maldives, Mohamed Solih yang juga merupakan sekutu rapat Mohamed menegaskan satu siasatan rapi akan dilakukan untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya