Bapa sempat rakam video dengan anak sebelum maut di Gaza - Utusan Malaysia

Bapa sempat rakam video dengan anak sebelum maut di Gaza

AHMED Mansi dan seorang daripada tiga anaknya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Seorang lelaki sempat merakam video terakhir bersama dua anak perempuannya sebelum dia maut di tangan tentera Israel.

Berdasarkan video yang tular dalam media sosial, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Ahmed Mansi dilihat bermain dengan anak perempuannya ketika pesawat tentera Israel melalui ruang udara Semenanjung Gaza.

Anak-anak perempuan Ahmed yang takut mendengar bunyi pesawat itu memeluk bapanya sebelum mereka ditenteramkan.

Kedengaran dalam video tersebut, Ahmed memujuk anak-anaknya bahawa tiada apa yang akan berlaku dan jangan takut.

“Jangan takut dan teruskan bermain ya,” katanya kepada anak-anaknya.

Selain itu, Ahmed turut berjanji untuk membeli permainan untuk anak-anaknya.

Dua hari selepas video itu tular, Ahmed dilaporkan terkorban bersama suadaranya akibat serangan udara tentera Zionis.

Kematian Ahmed disahkan oleh kumpulan pemantau Euro-Mediterranean Human Rights Monitor yang merekodkan jumlah kematian penduduk Palestin akibat serangan Israel.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya