Bantahan pelan penjualan senjata kepada Israel - Utusan Malaysia

Bantahan pelan penjualan senjata kepada Israel

Keganasan rejim Israel menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia yang turut membuat kritikAPI menjulang tinggi ketika tentera Israel melancarkan serangan udara terhadap sebuah menara di Gaza City, Palestin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Majlis Hal Ehwal Islam Amerika (CAIR) menggesa Presiden Joe Biden supaya membatalkan rancangan penjualan senjata bernilai AS$735 juta (RM3.03 bilion) kepada Israel.

Pengarah Eksekutif CAIR, Nihad Awad berkata, penjualan senjata itu termasuk peluru berpandu yang digunakan Zionis untuk membedil Semenanjung Gaza sehingga menyebabkan ratusan penduduk Palestin terbunuh.

Terdahulu, Dewan Perwakilan Demokrat  menzahirkan kebimbangan mengenai rancangan tersebut yang dilihat akan memburukkan lagi konflik Palestin dan Israel.

Namun, beberapa sumber di Kongres memaklumkan pihaknya menerima pemberitahuan mengenai rancangan tersebut pada 5 Mei lalu iaitu hampir seminggu sebelum konflik keganasan di Palestin bermula.

Kelmarin, pentadbiran Biden mendesak supaya gencatan senjata dilakukan segera melibatkan tentera Israel dan Hamas bagi mengelak lebih banyak penduduk awam terkorban.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 218 orang maut di Gaza termasuk 63 kanak-kanak dengan lebih 1,500 cedera. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.