fbpx

23 Mei 2022, 4:02 am

  TERKINI

Anak saman emak, tak puas hati jual tanah

YUSRIADI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOMBOK: Gara-gara tanah seluas lima hektar bernilai 260 juta rupiah (RM75,000), seorang anak tergamak menyaman ibunya sendiri akibat tidak berpuas hati. 

Lapor Kompas.com, Yusriadi, 45, memfailkan saman terhadap Senah, 70, berhubung tanah pusaka ayahnya yang dijual tanpa pengetahuannya.   

Menurut Senah, anaknya bersikap dingin terhadapnya dan sanggup tidak menziarahinya ketika hari raya walaupun rumah mereka hanya berjarak dua meter di Kampung Lendang Are. 

Namun, Senah berkata, tanah yang dijual itu sememangnya bukan milik anak-anaknya tetapi untuk kegunaan pendaftaran haji. 

Menurut Senah, anak-anaknya sebelum ini menerima bahagian masing-masing apabila satu lagi tanah sawah tanah sawah seluas 12 hektar milik suaminya sudah dijual dan hasilnya dibahagikan kepada mereka. 

Sementara itu, Yusriadi tetap dengan pendirian untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap ibunya dan sudah melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis. 

Jelasnya, dia tidak pernah diajak berbincang mengenai penjualan tanah sedangkan dirinya merupakan anak lelaki sulung.

Katanya, dia hanya meminta hak sebanyak 0.80 hektar daripada penjualan tanah bernilai 260 juta itu. 

 

 

 

 

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI