KAHERAH: Majlis pembukaan Muzium Grand Egyptian (GEM) akan dikendalikan oleh syarikat tempatan, lapor Arab News.
Disebabkan pandemik Covid-19 yang belum berakhir, pihak atasan muzium memutuskan untuk tidak melantik syarikat antarabangsa untuk menguruskan acara itu.
Penyelia Am Projek Muzium, Atef Moftah memberitahu agensi berita asia barat sesi perancangan diadakan dengan syarikat tempatan yang dipilih untuk menguruskan acara pembukaan itu.
Katanya, acara itu dirancang bagi menarik perhatian dunia selari dengan projek yang sangat berprestij ini.
GEM adalah antara projek mega di Mesir yang menyaksikan kerja-kerja pembinaannya tertangguh sejak 2006 dan sepatutnya dijadualkan dibuka kepada orang ramai tahun lalu.










