60,000 jemaah luar boleh tunai haji ? - Utusan Malaysia

60,000 jemaah luar boleh tunai haji ?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Kerajaan Arab Saudi didakwa membenarkan 60,000 jemaah dari seluruh dunia termasuk Pakistan untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Perkara itu didedahkan oleh wakil khas kepada Perdana Menteri berhubung Keharmonian Agama Pakistan, Maulana Thair Ashrafi dalam satu temubual bersama stesen televisyen SAMAA TV pada malam Sabtu.

Menurut Maulana, kerajaan Pakistan dalam perbincangan dengan pegawai Arab Saudi berkaitan bilangan jemaah Pakistan yang dibenarkan untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini.     

“Individu di bawah 18 tahun dan yang berumur 60 tahun ke atas tidak layak untuk menunaikan haji pada tahun ini,” katanya.

Beliau turut mendedahkan mereka yang menunaikan haji juga harus menjalani tempoh kuarantin selama tiga hari.

Tambahnya, vaksinasi Covid-19 juga wajib diambil.

Dalam pada itu, Menteri Hal Ehwal Agama, Noorul Haq Qadri berkata, kerajaan sudah berbincang dengan Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk membenarkan individu menerima vaksin keluaran China.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menerima dan meluluskan vaksin tersebut,” ujarnya.

Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi memaklumkan bahawa pihaknya tidak akan membenarkan individu yang menerima vaksin keluaran China untuk memasuki negara tersebut. – AGENSI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya