163 cedera dalam pertempuran di perkarangan Masjid Al-Aqsa - Utusan Malaysia

163 cedera dalam pertempuran di perkarangan Masjid Al-Aqsa

ANGGOTA paramedik merawat seorang penduduk Palestin yang cedera dalam pertempuran di perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Sekurang-kurangnya 163 penduduk Palestin dan enam anggota polis Israel tercedera dalam pertempuran di Baitulmuqaddis.

Lapor BBC, Palang Merah Palestin dan polis Israel mengesahkan perkara tersebut.

Sebahagian besar orang cedera di perkarangan Masjid Al-Aqsa ketika penduduk Palestin membaling batu dan botol terhadap polis Israel yang melepaskan getah dan bom tangan ke arah mereka.

Terdahulu, beribu-ribu penduduk berkumpul di Masjid Al-Aqsa untuk menunaikan solat Jumaat terakhir Ramadan.

Palang Merah Palestin memberitahu bahawa pihaknya membuka sebuah hospital lapangan untuk merawat mangsa yang cedera dalam pertempuran itu.

Ketegangan semakin memuncak sejak beberapa hari lalu dengan pertengkaran hampir setiap hari mengenai ancaman pengusiran penduduk Palestin dari rumah mereka di Baitulmuqaddis bagi memberi laluan kepada penduduk Israel.

Masjid Al-Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci bagi umat Islam.

Polis Israel berkata, pihaknya terpaksa menggunakan kekerasan untuk memulihkan ketenteraman disebabkan rusuhan ribuan jemaah selepas solat pada waktu malam. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya