155,000 terlibat Ops Ketupat - Utusan Malaysia

155,000 terlibat Ops Ketupat

PIHAK berkuasa Indonesia menempatkan 155,000 anggota keselamatan untuk menjayakan Operasi Ketupat 2021 di seluruh negara. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Unit Polis Trafik Indonesia memaklumkan seramai 155,000 anggota keselamatan akan terlibat dalam Operasi Ketupat 2021 di seluruh negara yang bermula semalam hingga 17 Mei ini.

Ketua Polis Trafik Indonesia, Istiono berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 90,502 anggota melibatkan polis, 11,533 anggota tentera dan 52,880 lagi melibatkan petugas perubatan serta pasukan pencegahan Covid-19.

Katanya, kesemua anggota keselamatan itu akan ditempatkan di 381 titik sekatan yang sudah ditetapkan sebelum ini.

“Tujuan utama operasi ini dilakukan adalah untuk melarang orang ramai daripada pulang beraya ke kampung halaman masing-masing.

“Indonesia masih belum bebas daripada ancaman Covid-19, maka kita tidak mahu pulang beraya ke kampung menjadikan pandemik koronavirus terus kritikal,” katanya kepada Kompas.com.

Selain itu, Istiono juga memaklumkan pihak berkuasa menyediakan sebanyak 596 pos perkhidmatan dan 180 pos bersepadu bagi mengawal pergerakan masyarakat di pusat tumpuan orang ramai, pusat beli-belah, stesen tren, terminal bas, lapangan terbang, pelabuhan dan tempat rekreasi.

Jelas Istiono, bagi mereka yang terpaksa pulang ke kampung halaman untuk urusan kecemasan seperti kematian perlu menunjukkan dokumen keputusan ujian Covid-19 dalam tempoh 24 jam serta sijil vaksinasi.

“Pihak berkuasa akan mengenakan hukuman berupa teguran, denda dan hukuman sosial kepada mana-mana pihak yang mengingkari arahan anggota keselamatan,” ujarnya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.