Warga emas diperdaya scammer hingga rugi RM131 juta  - Utusan Malaysia

Warga emas diperdaya scammer hingga rugi RM131 juta 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Seorang warga emas berusia 90 tahun diperdaya oleh sebuah sindiket penipuan sehingga kehilangan wang sebanyak AS$32 juta (RM131 juta). 

Pihak polis berkata, kejadian terbaharu itu merupakan kes paling besar dilaporkan berhubung sindiket penipuan melalui panggilan telefon. 

Katanya, modus operandi suspek adalah menyamar sebagai pihak berkuasa China dan menyasarkan mangsa kaya yang secara sukarela memindahkan wang atau terjebak dalam pelaburan palsu. 

“Suspek turut menyasarkan mangsa wanita yang berusia dan tinggal di rumah agam di The Peak yang merupakan kediaman paling mewah di negara itu,” katanya. 

Wealthy Hong Kong merupakan tempat paling mewah kerana menjadi tumpuan golongan jutawan yang tinggal di kediaman mewah menghadap daerah yang padat dengan keluarga miskin. 

Menurut pihak polis, mangsa dihubungi dan dimaklumkan identitinya digunakan dalam kes jenayah serius di China. 

Katanya, mangsa kemudian diarahkan melakukan pemindahan wang ke akaun pasukan penyiasat untuk tujuan keselamatan dan pemeriksaan. 

“Beberapa hari kemudian, seorang individu datang ke rumahnya dengan membekalkan sebuah telefon bimbit dan kad sim untuk berhubung dengan ejen keselamatan palsu yang mempengaruhinya untuk melakukan sebanyak 11 kali pemindahan bank. 

“Selama lima bulan, wanita itu memindahkan wang sebanyak AS$32 juta kepada scammer,” jelasnya. 

Menurut polis, aktiviti penipuan itu hanya dikesan selepas pembantu wanita itu mencurigai sesuatu dan terus menghubungi anak perempuan majikannya sebelum memaklumkan kepada pihak polis. 

Selepas penyiasatan dijalankan, seorang individu berusia 19 tahun ditahan kerana dipercayai melakukan penipuan dan dibebaskan dengan ikat jamin. 

Dalam pada itu, pihak polis memaklumkan kes penipuan scammer semakin meningkat dengan 18 peratus kes berlaku pada suku tahun pertama melibatkan kerugian RM185 juta. 

Tahun lalu, pihaknya menguruskan sebanyak 1,193 kes penipuan scam telefon dengan nilai kerugian mencecah RM304 juta. 

Kes penipuan dengan taktik sama turut melibatkan seorang wanita berusia 65 tahun yang kerugian sebanyak RM36 juta, tahun lalu. -AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya