fbpx

Taufan Seroja bakal badai Australia

KIRA-KIRA 180 penduduk maut di Indonesia dan Timor Leste selepas Taufan Seroja membadai dalam minggun ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Pihak berkuasa Australia hari ini menggesa semua pelancong mengosongkan kawasan berhampiran pantai di bahagian barat negara ini selepas Taufan Seroja dijangka melanda pada hujung minggu ini.

Taufan itu dijangka membawa angin kencang sekuat 150 kilometer sejam dan hujan lebat yang boleh mencetuskan banjir kilat di beberapa kawasan.

Selain itu, penduduk tempatan turut digesa supaya membuat persiapan kecemasan dan memastikan kediaman mereka bersedia menghadapi kesan taufan.

Hampir 180 orang terbunuh di Indonesia dan Timor Leste pada minggu ini apabila Seroja menyebabkan hujan lebat dan banjir lumpur.

Kejadian itu juga menyaksikan puluhan penduduk di kedua-dua negara hilang dan ribuan yang lain kehilangan tempat tinggal. – AFP