Salon rambut UK beroperasi 18 jam - Utusan Malaysia

Salon rambut UK beroperasi 18 jam

SEJUMLAH salon rambut akan dibuka sehingga 18 jam sehari apabila sekatan Covid-19 dilonggarkan di United Kingdom. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sejumlah salon rambut di sekitar United Kingdom (UK) dijangka beroperasi sehingga 18 jam sehari apabila sekatan Covid-19 dilonggarkan tidak lama lagi bagi memenuhi tempahan tinggi pelanggan yang membuat janji temu.  

Lapor Metro, beberapa salon rambut akan mula menerima pelanggan bermula tengah malam ini manakala yang lain ditempah sepenuhnya sehingga Jun depan dan bakal beroperasi tujuh hari seminggu. 

Sebilangan pengusaha salon rambut mungkin menggunakan kesempatan permintaan tinggi itu dengan menaikkan harga berikutan ruangan terhad kerana perlu mematuhi peraturan penjarakan sosial.  

Menurut Persatuan Pendandan Rambut Britain, keputusan membuka semula premis tersebut bakal memulihkan semula industri kecantikan selepas lebih 5,000 daripada jumlah 40,000 salon, terpaksa tutup selamanya akibat pandemik Covid-19.

Joanna Hansford, 46, yang mengendalikan perniagaan salon rambut bersama ibunya, Jo di Mayfair, London berkata mereka akan beroperasi dari pukul 5 pagi hingga 10.30 malam (waktu tempatan) bermula minggu ini.

Sambil mendedahkan menerima 2,000 tempahan bagi bulan ini, Hansford berkata, dia berasa teruja dan tidak sabar untuk melayan pelanggannya.

“Penutupan salon memberi kesan besar kepada individu yang tidak dapat menjaga diri mereka. Jadi, pembukaan semula ini akan menjadi titik perubahan besar untuk mereka,” katanya.  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya