Jangan tarawih ‘sepantas kilat’  - Utusan Malaysia

Jangan tarawih ‘sepantas kilat’ 

UMAT Islam perlu memahami setiap bacaan yang diucapkan ketika mengerjakan solat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Umat Islam diingatkan supaya tertib dan khusyuk dalam melaksanakan solat tarawih di masjid, surau, madrasah atau di mana-mana tempat sekalipun. 

Lapor Republika, Setiausaha Direktorat Jeneral, Bimbingan Masyarakat Islam, Kementerian Agama, Muhammad Fuad Nasar memberi peringatan itu susulan muncul lagi berita mengenai ibadah tersebut yang dilakukan sepantas kilat. 

“Memang semua jemaah digalakkan menunaikan solat tarawih dalam masa yang singkat bagi mengelak penularan Covid-19.

“Namun, itu tidak bermakna jemaah boleh melanggar hukum dan tertib solat yang sewajarnya,” kata Muhammad Fuad.

Malahan, beliau menegaskan solat tarawih secara berjemaah yang dilakukan sepantas kilat perlu dihentikan dan ditunaikan secara tertib.

Muhammad Fuad berkata, ibadah solat harus dihayati dan setiap bacaan perlu difahami kerana solat bukan semata-mata ibadah rohaniah tetapi juga merupakan ibadah jasmani. 

“Solat tarawih bukan sekadar formaliti dalam rangka mengisi malam Ramadan, tetapi sebuah rangkaian ibadah sunnah yang sangat dianjurkan dengan penuh kemuliaan. 

“Solat bukan tradisi tetapi ibadah ubudiyah yang memiliki tatacara bersesuaian petunjuk Nabi Muhammad SAW,” ujarnya. 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya