England `kotor' selepas perintah berkurung dilonggarkan  - Utusan Malaysia

England `kotor’ selepas perintah berkurung dilonggarkan 

SAMPAH sarap yang ditinggalkan oleh penduduk di beberapa kawasan awam selepas perintah berkurung dilonggarkan di England. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Baru hari pertama perintah berkurung dilonggarkan, dilaporkan beberapa kawasan riadah di sekitar England dibanjiri dengan sampah.

Lapor Metro, timbunan sampah sarap ditinggalkan di taman dan pantai selepas orang ramai mengambil kesempatan dengan kelonggaran diberikan untuk mengunjungi kawasan tersebut. 

Malah, jelas laporan itu, kelihatan tong sampah dipenuhi dengan botol serta beg plastik dan tin minuman dibuang di merata-rata tempat.

Jumlah sampah yang ditinggalkan oleh rata-rata penduduk yang mengunjungi Kawasan Rekreasi Hutan di Nottingham, boleh digambarkan sebagai amat memalukan.

Seorang penduduk yang tinggal berhampiran kawasan rekreasi itu menyelar sikap pengunjung yang gagal membersihkan sampah sarap dibiarkan oleh mereka.   

Andrew Curzon, 24, yang sedang berjoging di taman itu menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak beradab.

“Bukannya sukar untuk menjaga kebersihan di tempat awam.

 “Inilah masalah sebenar di bandar ini, penduduk yang bersikap tidak ambil peduli dan hanya mementingkan diri sendiri apabila berdepan dengan isu kebersihan,” katanya.

Dalam pada itu, Adam Jones dari Moseley, Birmingham berkata, dia menyaksikan beribu-ribu orang berkumpul di Cannon Hill Park selepas perintah berkurung dilonggarkan.

“Begitu banyak sampah sehingga seorang pekerja majlis perbandaran menganggarkan ia akan mengambil masa sepanjang hari untuk membersihkannya,” katanya.  

Dalam pada itu, beberapa sukarelawan di Lake District mengkritik pengunjung yang hadir ke taman tersebut selepas terpaksa membersihkan 13 beg dipenuhi dengan sampah.

Menurut Nicola Bolton yang mengendalikan akaun Facebook, The Lakes Plastic Collective, dia berasa kecewa melihat timbunan sampah sarap yang keterlaluan dan sikap penduduk yang langsung tidak prihatin dengan isu kebersihan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya