Arab Saudi pantau permit umrah palsu - Utusan Malaysia

Arab Saudi pantau permit umrah palsu

JEMAAH Umrah diberikan peruntukan masa tertentu ketika berada di dalam Masjidil Haram sebagai langkah kawalan membendung penyebaran wabak Covid-19. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Abdel Fattah Suleiman Mashat memantau beberapa kes jemaah Umrah yang memasuki Masjidil Haram di Mekah tanpa permit atau memiliki permit tidak sah.

Menurut beliau, penyelarasan segera akan dilaksanakan dengan pihak berkuasa berhubung pelanggaran kes yang berlaku itu, lapor Arab News.

Katanya, permit hanya boleh didapati melalui aplikasi Eatmarna dan jemaah diberikan peruntukan masa untuk berada di dalam masjid sebagai langkah kawalan membendung penyebaran wabak Covid-19 serta memastikan keselamatan mereka.

“Kita mohon semua jemaah dan pengunjung ke tanah suci mengisi maklumat yang betul daripada aplikasi yang disediakan oleh pihak kementerian serta mengelakkan diri mendapatkan permit palsu daripada badan yang tidak berautoriti.

“Pemegang permit juga perlu menggunakan kemudahan pengangkutan yang diuruskan oleh pihak kementerian,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya