Arab Saudi mulakan penerbangan antarabangsa Mei 2021 - Utusan Malaysia

Arab Saudi mulakan penerbangan antarabangsa Mei 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Syarikat penerbangan Arab Saudi, Saudi Arabian Airlines (Saudia) akan memulakan operasi penerbangan antarabangsa bermula 17 Mei ini.

Lapor Saudi Gazette, perkara itu disahkan oleh Penolong Ketua Pengarah Komunikasi Saudia, Khaled Abdulqader Tash.

Terdahulu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Arab Saudi (GACA) memaklumkan penerbangan antarabangsa bakal beroperasi secara penuh pada 17 Mei ini bersamaan 5 Syawal.

Perkara itu diumumkan GACA selepas pihaknya membuat ciapan dalam Twitter yang menggambarkan semua sekatan penerbangan antarabangsa akan ditarik balik bermula 17 Mei ini.

Ciapan itu bertulis ‘sudahkah anda mengemas beg anda?’ berserta beberapa imej bagasi.

Susulan ciapan tersebut, portal media Okaz mengajukan soalan adakah penerbangan antarabangsa akan dibenarkan beroperasi semula dan Saudia mengesahkan perkara berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.