fbpx

Anggota polis maut di Capitol, tiada kaitan serangan pengganas

SEORANG lelaki yang memandu sebuah kereta merempuh penghadang keselamatan di bangunan Capitol, Washington. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang anggota polis maut manakala seorang anggota lain cedera selepas bangunan Capitol di Amerika Syarikat (AS) diserang oleh seorang lelaki.

Lapor BBC, sebuah kereta dilaporkan merempuh penghadang keselamatan sebelum pemandu berusia 25 tahun dari Indiana meluru ke arah petugas keselamatan dengan sebilah pisau.

Sejurus selepas itu, pihak polis melepaskan tembakan ke arah penyerang yang dikenal pasti sebagai Noah Green sehingga mati.

Pihak berkuasa menjelaskan serangan itu berlaku selepas tiga bulan insiden rusuhan di bangunan Capitol Januari lalu, dan tidak mempunyai kaitan dengan serangan pengganas.

Pemangku Ketua Jabatan Polis Metropolitan Washington, Robert Contee berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melakukan serangan tersebut dan akan memastikan individu bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Capitol, Yogananda Pittman menzahirkan dukacita dan mengumumkan seorang anggotanya maut selepas diserang.


Jelasnya, pegawai yang dimaksudkan itu ialah William Billy Evans yang berkhidmat di bangunan Capitol selama 18 tahun.

 

 

 

 

 

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI