13 pesakit Covid-19 maut kebakaran hospital - Utusan Malaysia

13 pesakit Covid-19 maut kebakaran hospital

KEBAKARAN berlaku di sebuah hospital di pinggir Mumbai, India awal pagi ini, mengorbankan 13 pesakit Covid-19. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Sekurang-kurangnya 13 pesakit Covid-19 maut apabila sebuah hospital di pinggir Mumbai terbakar awal pagi ini.

Jurucakap bomba, Morrison Khavari berkata, terdapat 17 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Vijay Vallabh ketika kebakaran berlaku.

“Seramai 13 daripadanya maut dan empat lagi pesakit dipindahkan ke hospital lain.

“Kebakaran itu bermula kira-kira pukul 3 pagi waktu tempatan dan ketika ini, api sudah berjaya dipadamkan serta pihak berkuasa akan menyiasat punca kejadian,” katanya.

Dua hari lalu, seramai 22 pesakit Covid-19 terkorban akibat kebakaran di sebuah lagi hospital di sini susulan kebocoran tangki oksigen.

Terdahulu, empat pesakit turut terbunuh dalam insiden kebakaran di sebuah hospital swasta di negeri Maharashta pada awal bulan ini. – AFP

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya