fbpx

17 Jun 2021, 1:43 pm

  TERKINI

10 juta dijangka tetap balik kampung

PIHAK berkuasa Indonesia menjangkakan masih ada rakyat yang degil dan pulang beraya ke kampung biarpun sudah dilarang. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menjangka sekurang-klurangnya 13 peratus daripada 73 hingga 80 juta rakyat negara ini akan pulang beraya ke kampung biarpun larangan sudah dimuktamadkan.

Menteri Penyelaras Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan, Muhadjir Effendy berkata, jangkaan itu dibuat kerana masih ada penduduk yang degil dan enggan patuh arahan.

“Kementerian jangka pasti ada penduduk yang tetap akan balik beraya di kampung biarpun arahan kerajaan sudah dikeluarkan.

“Dianggarkan 13 peratus atau 10 juta penduduk dijangka pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut Aidilfitri pada tahun ini,” katanya kepada Kompas.com.

Jelas Muhadjir, angka tersebut sudah cukup untuk meningkatkan jangkitan Covid-19 kerana jumlah itu adalah dua kali ganda daripada penduduk Singapura.

Selain itu, beliau juga tidak mahu sambutan Aidilfitri menjadi pemicu kepada peningkatan kes Covid-19 di negara ini.