JAKARTA: Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi mendakwa Indonesia menjadi negara bukan pengeluar vaksin Covid-19 keempat yang paling banyak melakukan vaksinasi di dunia. Lapor CNN Indonesia, Budi mengumumkan perkara itu menerusi laman web rasmi kementerian kesihatan. Katanya, seramai 7.3 juta penduduk Indonesia sudah menerima suntikan dos pertama, manakala 3.3 juta orang menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19. “Kementerian Kesihatan menjalin kerjasama dengan pelbagai syarikat pengeluar vaksin untuk memastikan kira-kira 426 juta…