BANGKOK: Pihak berkuasa kesihatan Thailand cuba ‘menenangkan rakyat’ selepas mengesahkan seorang lelaki meninggal dunia, 10 hari selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 pada awal bulan ini. Pegawai kanan kesihatan, Sopon Mekton berkata, punca kematian lelaki itu adalah disebabkan oleh saluran darah dalam perut pecah (abdominal aortic aneurysm) dan menegaskan insiden itu tidak akan menghentikan program vaksinasi di negara ini. Katanya, lelaki itu menerima suntikan vaksin pada 3 Mac dan meninggal dunia pada 13 Mac lalu. “Saya yakin kematiannya disebabkan oleh saluran darah dalam perut pecah dan bukannya berkaitan dengan vaksin,” kata…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya