Ujian calitan digalakkan dua kali seminggu - Utusan Malaysia

Ujian calitan digalakkan dua kali seminggu

UJIAN calitan Covid-19 sangat penting bagi membendung jangkitan virus itu daripada terus merebak. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Setiap golongan dewasa digalakkan menjalankan ujian koronavirus sendiri sekurang-kurangnya dua kali seminggu menerusi pelan baharu bagi membantu Britain keluar daripada perintah berkurung.

Lapor Daily Mail, Ketua Penguji berharap kaedah itu dapat membantu orang ramai mengenal pasti individu tanpa mengalami sebarang simptom.

Kaedah memastikan orang ramai melakukan ujian calitan sangat perlu bagi membendung jangkitan virus serta mengiklankan kempen bagi memastikan negara ini memainkan peranannya.

Negara itu juga berharap kawasan yang menyaksikan peningkatan kes dapat dikenal pasti cepat sekali gus dapat mengelakkan perintah berkurung pada masa depan.

Dalam pada itu, Pakar Kesihatan Awam England, Dr. Mary Ramsay memberi amaran mengenai kepentingan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal perlu dikekalkan selama beberapa tahun lagi.

Pihak kementerian berdepan pemberontakan berhubung pengundian pada Khamis bagi melanjutkan undang-undang Covid-19 selama enam bulan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya